Bermacam cara yang akan dilakukan oleh golongan selebriti bagi menjaga keterampilan diri. Namun bagi aktres jelita Indonesia, Titi Kamal kaki adalah anggota badan yang paling akan diberi tumpuan.
Mengaku kerap melakukan rawatan kaki
secara berkala, bagi Titi amalan itu mampu menjadikan kakinya lebih rileks setelah seharian melakukan pelbagai aktiviti yang memenatkan.
“Kaki menjadi keutamaan yang harus saya jaga. Kalau kaki sakit, maka susahlah kita hendak melakukan aktiviti.
“Biasanya saya akan merendam kaki dengan air hangat, jika perlu anda juga boleh menambahkan garam.
“Tujuannya adalah untuk memberi lebih lembapan pada kaki. Selain itu, losen juga akan saya gunakan sekali sekala,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan