Rabu, 29 Disember 2010

DAMPING MALAM



Damping Malam mengisahkan Wadi (Ahmad Idham) dan isterinya, Ku Khalira (Amy Mastura) dengan kehidupan serba moden dan terbuka. Mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia 13 tahun, Nuraiza (Erynne Erynna) yang terpaksa tinggal berjauhan setelah diterima masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan Wadi tetapi mendatangkan kebimbangan buat Ku Khalira kerana tidak pernah berpisah dengan anak kesayangannya. 

Kehidupan Nuraiza di asrama sering diganggu makhluk halus dan mendatangkan trauma kepada dirinya. Dia tidak pernah diajar doa atau ayat melindungi diri maka Nuraiza jadi tidak menentu dan gangguan itu berterusan. Ku Khalira mengesyaki Umi Siah (Azizah Mahzan) ada muslihat dan gangguan yang datang kepada anak dan rumahnya disebabkan niat jahat Umi Siah. 

Keanehan di rumahnya mula dirasai Wadi apabila Ustaz Bakri (Eizlan Yusof) terasa unsur negatif di dalamnya dan menasihatkan Wadi membanyakkan solat dan amalan agama. Wadi mula menyedari apa yang selama ini tersembunyi daripada penglihatannya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan