Isnin, 20 Disember 2010

Hurley berpisah dengan kekasih angkara SMS seks

 

Pelakon filem Bedazzled, Elizabeth Hurley bertindak memutuskan hubungan dengan bekas bintang kriket dari Australia, Shane Warne, lapor sebuah akhbar semalam.
Hurley, 45, memutuskan hubungan cintanya itu selepas mendapat tahu bahawa Warne menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi mesej seks kepada seorang wanita Australia yang sudah berkahwin.
Warne, 41, yang berharap akan berkahwin dengan pelakon itu dikatakan berasa amat kecewa dan tidak dapat tidur kerana bimbang dengan skandal terbarunya itu.
Hubungan Hurley dengan Warne mendapat liputan seminggu lalu di Britain selepas akhbar News Of The World menyiarkan gambar mereka bercium di dalam sebuah lif hotel.
Apabila berita itu disiarkan, Hurley mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya manakala Warne turut mengakui sudah menamatkan hubungan dengan bekas isterinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan