Bukan gadis penggoda
Ada garis senyuman di bibir gadis Dusun ini tatkala ditebak pertanyaan mengenai siapa lelaki bertuah yang menghuni ruang hatinya ketika ini.
Iyalah, sekejap dikaitkan dengan lelaki ini, sekejap dikaitkan dengan lelaki itu. Pokok pangkalnya, yang mana satu wahai cik adik?
Baru sahaja menyingkap tirai dunia hiburan sudah bermacam lelaki yang dikatakan singgah di hatinya. Antara lelaki-lelaki 'bertuah' itu termasuklah Daus, Iwan, Maulana dan Shahir.
Cuma ketawa apabila diasak soalan begitu, kata Adira mana mungkin dia memberi ruang cinta untuk lelaki-lelaki yang disebut apatah lagi kehadiran mereka tidak lebih dari sekadar kawan.
"Saya ini orangnya peramah. Dengan sesiapa pun saya akan berkawan tidak kira lelaki atau perempuan. Saya juga seorang yang manja, tapi bukan gedik. Kalau nampak saya mesra dengan mereka itu bukan bermakna saya ni kekasih mereka.
"Itu semua salah faham. Mereka cuma kawanlah. Lagipun saya dah dikaitkan dengan perkara-perkara begini sejak memasuki AF lagi. Dah terbiasa dan tak ambil hati pun. Playgirl? Tidak sama sekali.." katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan