Ahad, 26 Disember 2010

Mohon maaf kerana seksi




Aktres jelita Korea, Min Hyo Rin baru-baru ini dilaporkan tampil memohon maaf mengenai kejadian malang yang menimpanya semasa muncul dalam program siaran langsung Anugerah Magu Magu Pro Baseball Golden Glove lepas.
Dia yang memakai gaun seksi pada malam itu mengalami kejadian memalukan apabila bunga yang sepatutnya diberikan kepada pemain SK Wyverns, Kim Kang Min, telah tersangkut pada dadanya sehingga sukar ditanggal.
“Saya pun pelik, mengapa tiap kali saya menghadiri majlis anugerah, pasti kejadian malang akan berlaku.
“Saya pun tak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya minta maaf pada semua,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan