Ahad, 19 Disember 2010

Global Pelajar 14 tahun jadi ibu bapa paling muda di Britain


April Webster dan Nathan fishbourne Bersama Anak Mereka Jamie


Sepasang pelajar sekolah berusia 14 tahun secara rasmi menjadi ibu bapa termuda di Britain, lapor media semalam.
April Webster melahirkan bayi lelaki, Jamie, selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, Nathan Fishbourne tahun lalu.

Pasangan dari Caerphilly, Wales selatan itu menyedari mereka bakal menjadi ibu bapa sehari sebelum April menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14, awal tahun ini.
Kata April, kelahiran Jamie bukanlah dirancang, tetapi itu tidak bermakna dia enggan membesarkan anaknya sebaik mungkin.

“Saya akan berikan perhatian yang terbaik kepada Jamie,” katanya.

Jamie dilahirkan melalui pembedahan di hospital pada 15 November lalu dengan berat 3.7 kilogram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan