Ahad, 26 Disember 2010

Emily mengaku tomboi





DUA kali diberi peranan sebagai puteri menerusi filem Young Victoria dan terbaru, Gulliver's Travels, Emily Blunt mengaku masih kekok membawakan watak tersebut. Hakikatnya, dia merupakan individu yang dibalut sifat kelelakian terutama ketika zaman kanak-kanak.
"Saya terkejut apabila ditawarkan karakter puteri sekali lagi dalam filem terbaru. Saya bukanlah budak perempuan yang selalu menyimpan angan-angan untuk menjadi puteri dalam hidup, kerana personaliti saya cenderung lasak seperti lelaki.
"Saya pernah mencampak gaun pendek berwarna merah jambu yang dibelikan ibu. Saya juga mengelak daripada bermain anak patung Barbie dan bersumpah tidak akan sesekali memakai warna yang menjadi kegemaran kanak-kanak perempuan.
"Lebih teruk, saya ada keinginan untuk menjadi seorang pemain bola sepak. Perasaan hendak menjadi lelaki dalam diri cukup membuak sehingga saya kerap memberontak," jelasnya yang bagaimanapun mula dapat membuang sikap kasar selepas meningkat dewasa.
Biarpun sukar menerima kenyataan berlakon sebagai puteri yang tidak harus lepas laku dan kata, wanita berusia 27 tahun itu sebaliknya meluah keterujaan bergandingan bersama Jack Black dan Jason Segel dalam Gulliver's Travels yang berisi genre komedi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan