Titania Aurelie Nurhermansyah
MEWARISI bakat dimiliki ibu atau bapa adalah perkara lumrah dalam kehidupan manusia, apatah lagi sekiranya bakat itu juga yang membawa perubahan besar dalam hidup anak itu. Dalam hal ini, bakat dimiliki Titania Aurelie Nurhermansyah (Aurel atau Lolie), anak kepada bekas pasangan selebriti popular Indonesia, Anang Hermansyah dan Kris Dayanti (KD) bagai produk terbaru Anang untuk meluaskan pengaruhnya.
Melihat pada perkembangan terbaru itu, bagai wujud persamaan kemunculan Krisdayanti, Syahrini satu ketika dulu dan kini Lolie. Sedar atau tidak, mereka berkongsi penerbit album sama, iaitu Anang sendiri. Album berjudul Anang & Lolie Tanpa Bintang mengandungi enam lagu itu baru saja diterbitkan bulan lalu dan diibaratkan sebagai percubaan Lolie sebelum mengikut jejak langkah ibu bapanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan