Seorang wanita India, Amanjyot Kaur kini hidup menderita selepas ditinggalkan oleh suaminya yang merupakan seorang ekspatriat di Montreal, Kanada.
Seminggu selepas majlis perkahwinan yang meriah berlangsung di kampungnya di Punjab, suaminya berjanji akan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat visa kepada isterinya selepas dia pulang ke Montreal.
Malangnya, dokumen yang dijanjikan itu tidak pernah sampai ke tangan wanita tersebut.
Amanjyot akhirnya berjaya menghubungi suaminya.
Namun, suaminya itu seolah-olah tidak mengenalinya semasa dia berjaya menghubunginya.
“Saya telah menulis 120 pucuk surat dan membuat hampir 500 panggilan telefon untuk menghubunginya di Kanada. Saya benci kepada diri sendiri kerana saya menyintai lelaki yang tidak sensitif. Dia menipu saya dan keluarga,” kata Amanjyot yang berusia 22 tahun dan mengalami kemurungan sejak berkahwin dua tahun lalu.
Bapa Amanjyot terpaksa menjual tanah ladang seluas 1.61 hektar untuk membiayai kos perkahwinannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan