Rabu, 22 Disember 2010

Cici tak bersedia menikah lagi




Selepas bercerai, penyanyi dan pelakon Cici Paramida selalu bermuhasabah diri dan dia membuat keputusan untuk tidak menikah lagi dalam tempoh terdekat.
“Saya tidak ada sasaran. Hanya jalani kehidupan ini kerana Tuhan yang menentukan semua. Jika saya harus bersendirian, ya, tidak mengapa. Saya perlu banyak bermuhasabah dan memperbaiki kekurangan diri,” ujar Cici dalam acara We Care Indonesia Sehat di Jakarta, semalam.

Penyanyi lagu hit Wulan Merindu itu hanya menyerahkan hal mengenai jodoh kepada Ilahi dan berharap mendapat pasangan lelaki yang soleh. “Jodohkan Tuhan yang tentukan. Mungkin ada tetapi saya belum bertemu dengannya. Saya mencari lelaki yang berakhlak mulia dan mampu menjadi pemimpin rumah tangga yang baik,” katanya lagi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan