Seorang janda, Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkena yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.
Bernie Madoff
Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung di tepi kolam renang di rumah miliknya di pantai Palm, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2009 semasa berumur 67 tahun.
Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan.
Namun, ekoran kematian Jeffrey, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan