Isnin, 20 Disember 2010

Cinta di atas pokok


CINTA ATAS POKOK. Asin (dua dari kiri) dan Salman Khan menghabiskan masa tiga hari untuk sebuah adegan di atas pokok.



SEBUAH adegan yang dilihat santai dalam sebuah filem rupa-rupanya menjadi mimpi ngeri buat pelakon popular, Asin dan Salman Khan.
Adegan sesat dalam hutan itu menjadi sebuah cabaran besar buat aktres, Asin. Asin perlu memanjat sebuah pokok yang sangat besar dan dia bertindak untuk memanjat sendiri pokok tersebut.
Ramai yang merasakan tindakan tersebut berbahaya dan tidak selamat, tetapi akhirnya pihak produksi bersetuju untuk mengikat tali keselamatan di belakang Asin.
"Salman pula bertindak untuk mengikut kehendak Asin, namun, akhirnya mereka terpaksa melakukan adegan itu selama tiga hari berturut-turut di atas pokok tersebut.
"Terdapat banyak halangan dalam melakukan adegan di atas pokok tersebut. Antaranya, bahu Asin dikhabarkan berasa kebas kerana tekanan daripada tali keselamatan yang dipakainya," ujar sumber.
Namun Asin dikatakan sangat teruja dengan adegan tersebut kerana dapat merealisasikan impian sewaktu kecilnya iaitu memanjat pokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan