Isnin, 20 Disember 2010

Jude Law, Sienna Miller dikatakan bakal berkahwin








Pasangan pelakon, Jude Law dan Sienna Miller mencetuskan khabar angin akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selepas mereka berdua dilaporkan membeli rumah agam berharga AS$14 juta (RM44 juta).
Menurut laporan Daily Mail, pasangan tersebut memilih kediaman tujuh bilik itu di utara London selepas menghabiskan masa berbulan-bulan bagi mencari sebuah rumah impian mereka dan kini bersedia untuk mendiami kediaman mewah tersebut.
Rumah baru itu berada di kawasan kejiranan artis popular termasuk Kate Moss dan juga bekas isteri Law, Sadie Frost bersama tiga orang anak mereka, Rafferty, 14; Iris, 10, dan Rudy, 8.

sadie frost

Menurut seorang sumber, pasangan tersebut yang bertemu di set penggambaran filem Alfie pada 2003, merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara kecil di New York.
Miller sebelum ini telah memutuskan pertunangan dengan Law pada 2006 selepas Law mengaku tidur bersama pengasuh anaknya, Daisy Wright.

Daisy Wright

Namun begitu, mereka berdua berdamai selepas tinggal bersama di New York tahun lepas dan berlakon berasingan di Broadway.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan