Bekas suami model dan pengacara TV Daphne Eleanor Iking, semalam memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Isobel Daniella Iking-Chong bukan anak kandungnya.
Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata, perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Isobel Daniella Iking-Chong
Ryan Chong Yiing Yih
Beliau melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.
Katanya, beliau membawa Isobel ke klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas sangsi dengan e-mel Iking kepada Choy yang berbunyi ‘Muka dia (Isobel) lebih mirip kepada awak’.
Darren Choy Khin Ming
Katanya, hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis ‘O’, manakala Isobel mempunyai darah jenis ‘A’.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Choy yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan