Rabu, 22 Disember 2010

Abang mengaku serang pelakon Harry Potter


 Abang aktres filem Harry Porter mengaku bersalah kerana menyerang adiknya selepas pelakon wanita itu berpacaran dengan seorang lelaki bukan Islam.
Afshan Azad, 22, melakonkan watak Padma Patil, rakan sekelas Porter dalam siri filem itu.

Pendakwa raya Richard Vardon memberitahu Mahkamah Agung Manchester, abang Afshan, Ashraf, 28, menyerangnya berikutan hubungan pelakon itu dengan seorang lelaki beragama Hindu. Afshan melarikan diri dari rumah selepas abang dan bapanya mengugut untuk membunuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan