Rahma Azhari menempelak peminat yang menasihatinya semalam, selepas gambar model dan bintang sinetron terkenal itu bersama beberapa pemain bola sepak Filipina dipaparkan di Internet.
Berikutan marah dengan teguran peminat itu, Rahma, 29, memuat naik lebih banyak gambar bersama pemain lain di laman Twitter peribadinya.
Antara pemain bola sepak Filipina yang menjadi teman Rahma bergambar dalam keadaan intim adalah Simon McMenemy, Neil Etheridge serta adik-beradik James dan Phil Younghusband.
rahma azhari dan Simon McMenemy
rahma azhari dan Neil Etheridge
Seorang peminat Rahma yang menggunakan identiti ‘dionisiuskurnia’ menulis: “Rahma, kembalilah ke jalan yang benar. Arwah bapa kamu pasti menangis melihat tingkah-laku anak-anaknya. Seorang pun tidak ada yang berakhlak baik.” Pesanan itu dibalas Rahma dengan bengis: “Hahaha.. jalan kamu sudah benar? Kamu itu siapa? Tuhan? Uruskan saja dirimu, sialan.” Barangkali tidak puas hati dengan reaksi kerasnya itu, Rahma menyambung komennya di Twitter beberapa minit kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan