Aktres terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan bahawa dia dan Brad Pitt seringkali memasang angan-angan untuk tinggal di Afrika bersama enam anak mereka apabila karier mereka sudah berada di penghujungnya.
Ibu kepada Maddox,9, Pax, 7, Zahara,5, Shiloh,4 dan si kembar Knox dan Vivienne, 2, memberitahu, dia dan Pitt merancang untuk berhijrah ke negara tersebut apabila dia membuat keputusan untuk meninggalkan karier lakonannya.
“Saya rasa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, saya mungkin akan mengurangkan aktiviti lakonan dan itu bukan bermaksud saya akan berhenti. Sebenarnya saya sukakan negara Afrika dan mahu tinggal di sana.
“Saya juga suka menghabiskan banyak masa dalam kapal terbang dan banyak benda lain yang saya akan lakukan jika saya sudah mula mengurangkan aktiviti lakonan, ”katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan