PELAKON ternama Bollywood, Katrina Kaif mendedahkan bahawa dia pernah ditolak oleh sebuah agensi model di Britain kerana dianggap terlalu gemuk.
"Agensi itu memberitahu susuk tubuh saya tidak sesuai dengan keperluan mereka. Saya sedar saya tidak boleh menjadi lebih kurus lagi. Saya tidak kurus, tetapi saya sihat.
"Jika anda memang kurus secara semula jadi, itu bagus. Bagaimanapun ia tidak adil kepada gadis-gadis yang memang semula jadi tidak kurus.
"Lebih baik kita memberi tumpuan supaya kekal sihat dan cergas. Bukan semua orang dilahirkan dengan bentuk badan yang kurus,"katanya.
Kini, Katrina popular di India dan menjadi orang pertama dari negara itu yang menjadi model untuk patung mainan Barbie.
"Barbie sangat ikonik dan saya berbesar hati kerana dipilih sebagai model patung itu", beritahu Katrina bangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan