JAKARTA: Penyanyi Syahrini tidak hanya berdiam diri apabila gambar mesranya bersama seorang jejaka asing tersebar luas. Dia meminta bantuan seorang peguam, Warsito Sanyoto untuk menjelaskan keadaan sebenar mengenai gambar itu.
Sepatutnya penyanyi yang dikenali menerusi lagu ‘Jangan Memilih Aku’ itu bertemu dengan pihak media di kediaman Warsito di Pondok Indah, Jakarta Selatan, semalam. Namun rancangan itu dibatalkan kerana Warsito dikatakan mempunyai urusan kecemasan secara tiba-tiba. “Maaf Syahrini terpaksa membatalkan pertemuan dengan media kerana Warsito ada urusan kecemasan di luar bandar secara tiba-tiba,” ujar adik Syahrini, Rani yang bertindak sebagai pengurusnya melalui mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada wartawan. “Syahrini berasa perlu menggunakan khidmat peguam untuk menjelaskan perkara mengenai gambar itu kerana ia berkait dengan hal undang-undang. Saya akan maklumkan kemudian bila pertemuan akan berlangsung,” tambah Rani.
Rani
Dalam gambar yang tersebar melalui BlackBerry Messenger itu, Syahrini dilihat duduk di pangkuan jejaka itu sambil merangkul lehernya, sementara jejaka terbabit memeluk punggung penyanyi itu. Sebelum ini, kemesraan Syahrini dengan Kaka Slank juga menjadi bualan hangat hingga ada beberapa peminat kecewa dengan gosip yang tercetus itu
Syahrihi dan Kaka Slank
Syahrini dan Kaka Slank
Tiada ulasan:
Catat Ulasan