Sabtu, 18 Disember 2010

Aguilera baling jaket di depan paparazi


AGUILERA membaling jaket yang dipakainya di Pawagam Cinestar di Berlin kelmarin



Penyanyi terkenal, Christina Aguilera memakai baju labuh berwarna merah jambu semasa mempromosikan filem lakonan terbarunya, Burlesque, lapor sebuah akhbar semalam.
Penampilannya itu berbeza dengan rakannya, Cher berusia 64 tahun yang memakai jaket dan seluar panjang berwarna hitam.
Aguilera kelihatan tidak kesejukan berbanding dengan Cher walaupun suhu berada 3 darjah Celsius.
Semasa salji turun di Pawagam Cinestar di sini, Aguilera yang berumur 29 tahun membaling jaketnya bagi menunjukkan baju labuhnya yang berwarna merah jambu kepada paparazi.
Filem Burlesque lakonan kedua-dua dua penyanyi itu mengisahkan mengenai Aguilera yang bercita-cita besar dalam dunia hiburan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan