Jumaat, 10 Disember 2010

Dewi Persik enggan damai dengan Julia Perez


Dewi Persik enggan damai dengan Julia Perez






DEWI PERSIK

JAKARTA: Penyanyi dangdut dan pelakon Indonesia, Dewi Persik, enggan berdamai dengan aktres Julia Perez atau menyelesaikan sengketa mereka di luar mahkamah. Beliau sebaliknya bertekad meneruskan tindakan undang-undang ke atas 'musuh' ketatnya itu.
Julia Perez, atau Jupe, sebelum ini sudah memohon maaf kepada Dewi Persik, juga dikenali sebagai Depe, berikutan tindakannya menampar pelakon itu ketika menjalani penggambaran filem.'Saya sudah katakan jika saya bersalah, saya mohon maaf dan itu yang dia mahukan. Saya sudah memohon maaf secara terbuka, jadi mengapa dia tetap mahu meneruskan tindakan di mahkamah?' katanya.Persengketaan mereka bermula ketika berlakon dalam filem Hantu Goyang Karawang baru-baru ini.Dalam satu insiden, kededuanya saling bercakaran sehingga mengakibatkan kecederaan. Ini menyebabkan Depe membuat laporan polis di Matraman pada 5 November lalu. Namun, Jupe sudah memohon maaf.Bagaimanapun, pada 6 Disember lalu, Depe hadir di balai polis Matraman untuk meneruskan kes samannya ke atas Jupe.'Saya tidak tahu apa lagi yang harus saya lakukan. Jika Depe memaksa saya untuk 'berperang' dengannya - sebenarnya saya tidak mahu - tetapi jika dia berkeras, saya akan turutkan,' kata Jupe.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan