MESKIPUN dikenali sebagai seorang pelakon yang terkenal di seluruh dunia, Aishwarya Rai masih sempat meluangkan masa membantu kakak iparnya yang sarat mengandung dan telah melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini.
Selepas tamat menjalani penggambaran filem The Guzaarish, Aish tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat sementara waktu kerana mahu meluangkan masa bersama kakak iparnya, Srima, isteri abangnya, Aditya.'Sebelum ini saya cukup sibuk dan banyak menghabiskan masa menjalani penggambaran termasuk di luar negara. Setelah semuanya selesai, saya ambil keputusan untuk berada di samping Srima sehinggalah dia melahirkan anak,' ujarnya.Memandangkan Aishwarya sentiasa menemani kakak iparnya, situasi itu telah menyebabkan dia tidak menyertai sesi promosi filem berkenaan yang telah mula ditayangkan di seluruh India pada 19 November lalu.Namun, ada khabar angin yang mengatakan pelakon berkenaan kini sedang hamil dan sedang cuba pelajari cara-cara untuk menjadi seorang ibu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan