KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.
Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya sekitar 2 pagi.'Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.'Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,' kata sumber itu ketika dihubungi, kelmarin.Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.Sebelum ini, dia bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa.Sebaliknya, dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.'Pada masa ini, hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.'Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam akan mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana dia mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,' kata sumber itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan