Lady Gaga bergelar pensyarah?
Setelah berjaya dengan kariernya di dalam industri muzik, Lady Gaga membuat kejutan dengan menjalani satu kehidupan yang berbeza dengan kehidupan sehariannya. Gaga akan mengubah kerjayanya dan akan bergelar pensyarah.
Gaga akan bergelar pensyarah di Parsons The New School for Design di New York. Kecemerlangan Gaga mereka fesyen bajunya akan menjadi modal dan ilmu yang cukup besar untuk diajarkan kepada pelajarnya.
Walaupun masih belum membuat keputusan yang sah, Gaga dikatakan akan mengubah arah kerjayanya secara radikal dan memberi kata putus selepas konsert Monster Ball nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan