Ahad, 12 Disember 2010

Gia Mantege Miss Golden Globe

      
Gia Miss Golden Globe 2011                                           Mitchel Musso


Gia Mantegna iaitu anak gadis kepada pelakon Joe Mantegna dinamakan sebagai Miss Golden Globe 2011 pada Khamis lalu.
Aktres berusia 20 tahun itu menyifatkan penganugerahan berprestij ini oleh Pertubuhan Wartawan Asing Hollywood sebagai satu penghormatan.
"Saya membesar dengan menonton Golden Globe bersama keluarga saya dan merasa sangat bertuah dapat menerima penganugerahan itu di awal karier saya," katanya.
Miss Golden Globe sebelum ini termasuk Melanie Griffith, anak kepada pelakon terkenal melalui filem arahan Hitchcock, Tippi Hedren yang menerima anugerah itu pada 1975.
Rumer Willis, anak kepada pasangan Bruce Willis dan Demi Moore pula dinamakan sebagai Miss Golden Globe pada 2008, tetapi majlis itu dibatalkan ekoran mogok yang dilancarkan penulis Hollywood.
Mantegna yang berpacaran dengan pelakon Hannah Montana, Mitchel Musso, mula berlakon pada usia 13 tahun dalam filem Uncle Nero bersama bapanya.
Sejak itu dia mula berlakon dalam drama siri seperti Secret Life of the American Teenager, Criminal Minds dan siri NickTeen, Gigantic bersama anak perempuan Meryl Streep, Grace Gummer.
Presiden Pertubuhan Wartawan Asing Hollywood, Philip Berk berkata, mereka berasa sangat gembira dapat menganugerahkan Mantegna sebagai Miss Golden Globe tahun ini.
Anugerah Golden Globe ke-68 yang memberi penghormatan kepada filem dan televisyen terbaik akan diadakan pada 16 Januari tahun depan di Hotel Hilton, California.



Joe Mantega


Melanie Griffith



Rumer Willis Miss Golden Globe pada 2008



Tiada ulasan:

Catat Ulasan