SAMIR Nasri muncul sebagai seorang daripada pemain utama Arsenal tetapi anggota lain dalam "generasi emas" yang dijangka mengambil alih daripada era Zinedine Zidane masih belum membuktikan kehebatan mereka secara lebih kerap.
Samir Nasri
Pada 2004, Nasri dan rakan-rakan berbakatnya mencuri tumpuan apabila mereka menjuarai Kejohanan Bawah 17 Eropah, mencetus perbincangan menarik mengenai masa depan mereka.
Enam tahun berlalu, bagaimanapun, tiada seorang pun daripada kelompok itu yang beraksi pada Piala Dunia di Afrika Selatan dan penyokong Perancis masih menanti penuh sabar mahu melihat mereka menepati harapan awal.
Karim Benzema, yang berusia 23 tahun baru-baru ini, bergelut dengan aksi tetap di Real Madrid dan sukar untuk memperagakan permainan cemerlang.
karim benzema
Pemain AS Roma, Jeremy Menez, juga 23, mula mempamerkan sekilas kemahirannya selepas beberapa musim tanpa sebarang pencapaian.
jeremy menez
Tiada ulasan:
Catat Ulasan