Khamis, 16 Disember 2010

Aku Masih Dara



FILEM yang memaparkan kisah keruntuhan akhlak remaja, Aku Masih Dara mempertaruhkan tiga bintang berbakat besar di persada seni tanah air - Ashraf Muslim, Yana Shamsudin dan Diana Amir buat julung kalinya di layar perak.
Dalam filem komedi romantik arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri terbitan MIG Production Sdn Bhd yang mula ditayangkan hari ini (16 Disember), Ashraf membawa watak Firdaus, Yana watak Aleesya yang juga mangsa rogol manakala Diana pula watak antagonis, Hani. 
Ashraf, 29, yang sudah tiga tahun berlakon berkata, watak Firdaus yang juga lepasan universiti Mesir ada kelainan daripada lakonannya sebelum ini.

"Saya juga sudah dua kali bawa watak ustaz dalam drama Puaka Niyang Rapik dan Cinta Sempurna sebelum ini. Cerita ini mengenai tiga gadis remaja iaitu Aleesya, Hani dan Sofea (lakonan Raja Farah).


Ashraf Muslim


Yana Shamsudin


Diana Amir


Raja Farah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan