PITTSBURGH 10 Dis. - Aktor Wesley Snipes telah melaporkan diri di sebuah penjara persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Pennsylvania, semalam bagi menjalani hukuman penjara selama tiga tahun kerana gagal mengemukakan penyata cukai pendapatan, kata seorang pegawai penjara.
Menurut jurucakap Biro Penjara Persekutuan, Ed Ross, bintang filem aksi, Blade itu telah disabitkan kesalahan itu pada 2008.
Dia tiba di Institut Pemulihan Akhlak Persekutuan McKean di Lewis Run, Pennsylvania tengah hari, semalam.
"Dia menyerah diri tidak lama dahulu, dan sekarang dia ditahan di penjara.
"Dia akan menjalani sesi orientasi dan akan menjalani hukumannya," kata Ross.
Snipes, 48, dijatuhi hukuman tersebut di mahkamah Ocala, Florida, atas tuduhan gagal mengemukakan penyata cukai pendapatan persekutuan dari 1999 hingga 2001.
Setiap satu kesalahan itu membawa hukuman penjara satu tahun.
Dia bagaimanapun didapati tidak bersalah atas lima tuduhan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan