Rabu, 15 Disember 2010

Zhang Ziyi putus tunang?


Zhang Ziyi dan Vivi Nevo



KHABAR angin yang membuatkan aktres kelahiran China, Zhang Ziyi kembali menjadi buruan paparazzi adalah dia telah putus kasih dengan kekasih jutawannya, Vivi Nevo.
Zhang Ziyi muncul dalam majlis anugerah CineAsia di Hong Kong baru-baru ini dan menerima anugerah aktres sepanjang zaman dihujani pelbagai soalan peribadi ketika sesi sidang media.
Tidak menafikan atau naik angin dengan soalan-soalan pihak media, aktres tersebut sebaliknya memberi jawapan selamat.
"Saya agak sibuk sepanjang tahun ini dan bekerja dalam beberapa filem penting. Saya harap dapat memberi tumpuan kepada kerjaya saya," katanya sambil tersenyum.
Aktres tersebut mula bercinta dengan jutawan Israel, Vivi Nevo, pada tahun 2007. Mereka kemudiannya bertunang setahun kemudian dan merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, Nevo mengumumkan pada Jun tahun lalu, majlis perkahwinan mereka akan ditunda atas sebab kesibukan kerja masing-masing. Sejak itu mereka berdua jarang dilihat muncul di khalayak bersama.
Zhang Ziyi yang akan muncul dengan filem A Tale of Magic juga tidak pernah mengesahkan atau menafikan kisah putus kasih itu. Nevo juga tidak pernah memberi sebarang komen mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan