Sabtu, 11 Disember 2010

Yelena




1. Yelena Gadzhievna Isinbayeva dilahirkan pada 3 Jun 1982, adalah pelompat bergalah wanita Russia. Dia memenangi pingat emas Sukan Olimpik dua kali pada Athens 2004 dan Beijing 2008, Atlet Wanita Terbaik IAAF pada 2004, 2005 dan 2008, Olahragawati Dunia oleh Laureus pada 2007 dan 2009.





2. Pada 22 Julai 2005, dia muncul atlet wanita pertama melepasi ketinggian 5.00 meter dalam acara lompat bergalah. Pada usia 27 tahun, Yelena sudah meraih sembilan kejuaraan utama (Olimpik, Kejohanan Dunia, Kejohanan Dalam Dewan Dunia, Kejohanan Eropah dan Kejohanan Dalam Dewan Eropah).







3. Rekod semasa Yelena adalah 5.06 meter, yang dilakar di Zurich pada 28 Ogos 2009 dan 5.00m bagi dalam dewan, dilakukan pada kejohanan dalam dewan Donetsk pada 15 Februari 2009. 





4. Daripada usia lima hingga 15 tahun, Yelena berlatih sebagai seorang gimnas di kampung halamannya di Volgograd. Dia meninggalkan sukan itu kerana terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk bertanding secara kompetitif dalam gimnastik, akhirnya memiliki ketinggian 1.74 meter. 







5. Enam bulan selepas berkecimpung dalam sukan lompat bergalah, dia memenangi kejuaraan pertamanya pada usia 16 tahun ketika Sukan Belia Dunia di Moscow dengan melepasi ketinggian 4.00m. Ia adalah kejohanan olahraga ketiga buatnya.







6. Pada 1999, Yelena memperbaiki ketinggian lompatannya pada Kejohanan Remaja Dunia di Bydgoszcz, Poland apabila dia melepasi 4.10m untuk meraih pingat emas. Sekali pagi pada Kejohanan Remaja Dunia 2000, Yelena memenangi pingat emas dengan ketinggian 4.20m.

7. Pada tahun sama, acara lompat bergalah wanita diperkenalkan sebagai acara Olimpik di Sydney, Australia, apabila Stacy Dragila dari Amerika Syarikat muncul pemenang pingat emas. Yelena gagal pada pusingan kelayakan.

8. Pada 13 Julai, 2003, hanya sebulan selepas hari jadinya yang ke-23, Yelena merakam rekod dunia pertamanya pada satu kejohanan di Gateshead, England dengan ketinggian 4.82m, menjadikannya atlet pilihan muncul juara dunia sebulan kemudian namun sekadar meraih gangsa.

9. Bapanya, Gadzhi Gadzhiyevich Isinbayev, adalah seorang tukang paip dan menjadi ahli kumpulan etnik kecil (130,000 orang) Tabasaran yang kebanyakannya menginap di Dagestan. Ibunya, seorang pembantu kedai, adalah etnik Russia. Yelena turut mempunyai seorang adik perempuan bernama Inna.

10. Dia memiliki kedua-dua ijazah Sarjana Muda dan Sarjana selepas menamatkan pengajian Kebudayaan Fizikal di Akademi Negeri Volgograd. Kini dia meneruskan pengajian lepasan ijazah di sana dan turut belajr di Universiti Teknikal Kebangsaan Donetsk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan