Isnin, 13 Disember 2010

Wilde bawa watak Lara Croft?


Olivia Wilde ketika ini berada dalam peringkat perbincangan bagi membawa watak Lara Croft kembali ke layar perak.
Beberapa sumber menyatakan, aktres seksi itu mungkin akan membintangi filem Tomb Raider di mana watak itu dipegang oleh Angelina Jolie dalam dua siri filem tersebut sebelum ini.
Wilde, Megan Fox dan pelakon High School Musical, Vanessa Hudgens disebut-sebut akan memegang watak sebagai Lara yang baru.
"Ideanya adalah untuk membikin filem yang mengisahkan asal-usul Lara.
"Ia akan dipenuhi dengan aksi, kecekalan dan lebih ganas berbanding filem Tomb Raidersebelum ini," kata sumber itu lagi.
Wilde yang mendirikan rumah tangga pada 2003 dengan putera Itali yang kemudian menjadi pembuat filem, Tao Ruspoli, baru-baru ini menyatakan secara teknikalnya dia adalah seorang puteri.

Tao Ruspoli


Tiada ulasan:

Catat Ulasan