| Sein mohon beri ruang “Saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai punca keretakan rumah tangga kami. Biarlah kami berdua sahaja yang tahu. Saya mohon masyarakat di luar sana memberi ruang kepada kami menjalani kehidupan normal dan memahami situasi yang kami lalui sekarang,” kata Sein mengenai isu penceraiannya dengan Noor Diyana Muhammad (Nana), 26. Sein atau nama sebenarnya, Syed Hussein Syed Mustafa, 27, yang dihubungi Sinar Harian turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan punca penceraiannya disebabkan orang ketiga. Jelas Sein, dia lebih senang merahsiakan masalah rumah tangganya dari menjaja cerita yang tidak sepatutnya kerana bimbang menjadi buah mulut orang. “Saya tidak mahu bercerita berlebih-lebihan. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsikan bersama masyarakat. Saya tidak mahu nanti mengundang pelbagai persepsi yang berlebihan. “Silap hari bulan menimbulkan fitnah pula. Jadi daripada orang di luar sana membuat dosa kering dengan mengandaikan berbagai punca keretakan rumah tangga kami, baik mereka mendoakan yang terbaik buat kami,” katanya Sein yang pernah menjadi pengacara Beat TV dan anggota kumpulan Ruffedge mendirikan rumah tangga dengan anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, pada Julai 2006. Bagaimanapun rumah tangga pasangan Juara Sehati Berdansa musim ketiga yang dibina atas dasar cinta ini gagal diselamatkan dan terlerai dengan talak satu kelmarin kira-kira jam 2.46 petang. Sein dan Nana adalah pasangan peserta Sehati Berdansa ketujuh yang tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Sebelum ini, pasangan Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri turut menerima nasib sama. |
Jumaat, 10 Disember 2010
SUMPAHAN ASTRO MENJADI KENYATAAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan