Rabu, 15 Disember 2010

Scarlett, Ryan Reynolds bubar perkahwinan


Scarlett

Ryan Reynolds


Pasangan Hollywood, Scarlett Johansson dan Ryan Reynolds telah menamatkan ikatan perkahwinan mereka setelah hidup bersama selama dua tahun, kata pasangan tersebut dalam satu kenyataan, semalam.
"Selepas pertimbangan yang panjang dan berhati-hati, kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan kami.
"Kami memulakan hubungan dengan kasih sayang, jadi kami menamatkan hubungan ini juga dengan kasih sayang," kata kenyataan mereka.
Johansson, 26, aktres yang dikenali melalui lakonannya dalam filem Vicky Cristina Barcelonadan He's Just Not That Into You, mengahwini Reynold pada September 2008.


Sementara Reynolds, aktor kelahiran Kanada berusia 34 tahun dikenali melalui filem Van Wilder dan filem baru yang akan ditayangkan Green Lantern, sebelum itu pernah bertunang dengan penyanyi Alanis Morissette.


Majalah US Weekly memetik beberapa sumber menyatakan bahawa perkahwinan pasangan itu tegang akibat banyak masa dihabiskan untuk penggambaran filem, sementara majalahPeople melaporkan bahawa pasangan itu telah tinggal berasingan sejak enam bulan lalu.
Selebriti lain yang mengumumkan perceraian mereka minggu ini adalah model Elizabeth Hurley dengan peniaga terkenal India, Arun Nayar dan bintang drama bersiri Dexter,
.



 Michael C. Hall bersama pasangannya Jannifer Carpenter

Tiada ulasan:

Catat Ulasan