Tahniah Malaysia...Malaysia akan menghadapi Vietnam sekali lagi pada 18 hb ni. Diharap malaysia dapat mengekalkan atau lebih baik meningkatkan prestasi di Vietnam nanti. Malaysia hanya memerlukan seri sahaja.
Walaupun memrlukan seri sahaja , pasukan Malaysia harus beringat kerana Vietnam masih mempunyai 90 minit lagi.
Kelebihan dua gol bukan lah petanda anda sudah berjaya layak ke perlawanan akhir kerana 2 gol dapat di tutupi dalam 2 minit sahaja. Perbaiki kelemahan yang ada, dimana Malaysia agak lemah di bahagian kiri dan kanan pertahanan. , Lebihkan melakukan hantaran lintang kedepan pintu gol Vietnam kerana agak ketara kelemahan penjaga gawang Vietnam di sini.
Lihat semula gawang vietnam bolos didalam piala suzuki ini adalah dari pada hantaran lintang dan lebih kan tendangan tepat kegawang dari jarak jauh dengan pemain kita berada dihadapan pintu gol untuk mengambil peluang seperti gol ke dua.
KELEMAHAN MALAYSIA
1. TIADA PEMAIN YANG BOLEH MENGAMBIL TENDANGAN TERUS DARIPADA TENDANGAN BEBAS.
2. MASIH TIDAK MENGGUNAKAN SAIKOLOGI DALAM MENGHADAPI TEKANAN PERLAWANAN
3. TIDAK MENGAMBIL PELUANG DARI TENDANGAN SUDUT.
4. TIADA GOL MALAYSIA DARI TENDANGAN BEBAS DAN SUDUT.
Kelemahan ini jika dapat diatasi secepat mungkin....saya percaya malaysia akan menjadi pasukan yang di geruni semula seperti di zaman 70 an dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan