Khamis, 9 Disember 2010

Ketahui Khasiat Penting dalam Air Mani

Ketahui Khasiat Penting dalam Air Mani






Air Mani, Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada kanak-kanak-lelaki. Ketika itu tubuh mereka mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang mendadak-terutamanya pada bahagian organ seksual. Ejakulasi (orgasme yang diikuti dengan pancutan air mani) biasanya bermula seawal umur 12-13 tahun. Apakah bahan penting yang terkandung dalam air mani ini?
Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja. Kenyataan tersebut salah kerana faktanya, sperma hanya mewakili 10 peratus daripada hasil ejakulasi. 10 peratus itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma (mungkin lebih tinggi pada lelaki yang lebih muda) yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yang akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan kematangan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah mencukupi untuk bersenyawa dengan sebiji telur dan menghasilkan janin.
Baki 90 peratus itu merujuk kepada plasma seminal. (Plasma ialah cecair yang membawa pepejal terampai, sama seperti darah membawa sel darah dan semen membawa sperma). Komposisi plasma seminal bergantung kepada individu. Ia mengandungi sehingga 30 bahan.
Sebahagiannya dihasilkan oleh bahagian-bahagian berlainan dalam badan dan sebahagian lagi ialah hasil sampingan daripada fungsi badan. Ini termasuklah:
• asid askorbik (vitamin C)
• antigen kumpulan darah
(sistem immun)
• kalsium (mineral)
• klorin (agen pengoksidaan)
• kolesterol
• choline (sebahagian daripada
vitamin B komplek)
• asid sitrik
• kreatin
• deoxyribonucleic acid (DNA)
• fruktosa
• glutathione (peptide amino
acid)
• hyaluronidase (enzyme)
• inositol
• asid laktik
• magnesium (mineral)
• nitrogen
• phosporus
• potassium
• purine
• pyrimidine
• pyruvic acid
• sodium
• sorbitol
• spermidine
• spermine
• urea
• asid urik
• vitamin B12
• zink
Jumlah penghasilan bahan di atas mungkin banyak atau sedikit bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, jumlah asid laktik mungkin meningkat dengan banyak selepas bersenam. Ini kerana ia merupakan hasil sampingan daripada aktiviti muskular. (Asid laktik ialah penyebab kepada kepenatan pada otot ketika bersenam). Makanan juga akan mempengaruhi komposisi kimia dan rasa air mani. Namun begitu, HIV tidak terkandung dalam spermatozoa tetapi pada plasma seminal.
Plasma seminal, sebahagiannya terdiri daripada cecair kaya fruktosa - terhasil oleh vesikel seminal yang menyediakan makanan buat sel sperma. Vesikel seminal juga menghasilkan prostaglandins, asid lemak tak tepu untuk tindakan hormonal.
Kantung prostat menghasilkan cecair yang cair, bersusu dan beralkali yang membolehkan sperma hidup apabila terdedah pada kawasan berasid pada uterus. Kantung buborethral berbentuk kacang pis (kantung Cowper) pada dasar zakar menghasilkan cecair yang diberi nama air mazi. Air ini berperanan untuk melincirkan uretra (tiub yang terdapat dalam zakar) supaya air mani dapat mengalir dengan lebih lancar - namun begitu, sebahagian lelaki tidak dapat menghasilkan cecair ini dalam kuantiti yang banyak.
Kuantiti air mani sebenarnya berbeza mengikut individu dan mungkin berbeza dalam individu yang sama pada masa tertentu dalam hidupnya. Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan berapa banyak kuantiti yang anda keluarkan. Kebanyakan lelaki berejakulasi sebanyak lebih kurang sesudu air mani.
Sesetengah ubat boleh mempengaruhi air mani yang terhasil. Anda boleh rasakan lebih lama masa yang diambil antara orgasme, maka lebih banyak air mani yang dihasilkan. Anda mungkin dapat melihat yang sekiranya anda masturbasi lebih sekali sehari, maka pada kali yang kedua, ketiga dan seterusnya pada hari tersebut, anda akan dapat kurang air mani.
“Foreplay” - sentuhan diri anda dengan cara yang istimewa pada tempat yang istimewa, kadang-kala akan merangsang badan anda untuk menghasilkan lebih air mani kerana kantung reproduktif badan (seperti prostat) bekerja lebih keras ketika anda terangsang.
Air mani daripada lelaki yang matang biasanya bersusu atau berwarna putih. Adalah tidak normal jika terdapat permukaan kuning pada air mani setelah anda berejakulasi. Air mani dengan coretan merah menunjukkan kehadiran darah. Sekiranya anda sering terlihat darah, jangan perlu panik tetapi sekiranya ia dalam kuantiti yang banyak, anda harus berjumpa doktor. Perubahan warna yang drastik menandakan kehadiran penyakit dalam badan anda.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan