Sabtu, 11 Disember 2010

Bapa pertaruh nyawa

Bapa pertaruh nyawa



Ketika itu, saya tidak fikir apa-apa kecuali mengorek tanah lebih sejam untuk menyelamatkan anak saya daripada tertimbus selepas kakinya terhimpit pada sebatang kayu.” kata Henky Pinllan, 30, bapa kepada Tressa Tun Aleasah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Logkou Kiulu awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, rumah yang didiami lima sekeluarga ranap akibat runtuhan tanah disebabkan hujan lebat sejak kelmarin, menyebabkan kanak-kanak berusia empat tahun itu patah kaki kiri. 
Rumah didiami keluarga Henky yang terletak di pinggir bukit menggelungsur kira-kira lima meter pada kedudukan asal selepas dirempuh tanah runtuh.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Henky berkata, ketika kejadian, dia bersama isterinya Sulpa Pinllan, 30, serta Tressa, Reski Sapputera, 5, dan Safirah, 1, sedang tidur.



RAWAT... Henky bersama anaknya Tressa Tun Aleasah menerima rawatan di Hospital Tuaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan