Khamis, 9 Disember 2010

Salma Hayek mengaku PATI di AS

Salma Hayek mengaku ‘pendatang haram’ di AS

Salma Hayek mengaku beliau memasuki Amerika Syarikat sebagai seorang pendatang haram. 


Aktres itu yang kini dianggap seorang daripada bintang Latin paling berpengaruh di Hollywood, mengakui beliau dikelaskan sebagai haram ‘untuk satu tempoh pendek.’
Bintang kelahiran Mexico itu tidak mendedahkan pada usia bila beliau dianggap sebagai pendatang haram atau butiran lain, namun memberitahu sebuah majalah Sepanyol: “Saya adalah pendatang haram di Amerika.”





“Ia adalah satu tempoh yang pendek, namun saya mendapat gelaran itu.” 
Ulasannya dibuat kepada majalah V dengan aktres itu berpakaian mengghairahkan pada kulit muka depan bertajuk A Woman's Weapons. 

Aktres itu yang kini diberi kerakyatan Amerika, juga berkata beliau mengalami diskriminasi perkauman ketika cuba membina kerjayanya. 

“Saya terpaksa melalui masa terburuk dari segi diskriminasi perkauman di Hollywood ketika mula berlakon,” kata Hayek. 
“Ia tidak dapat diterima di kalangan pengarah Amerika dan produser bahawa seorang wanita Mexico mendapat peranan utama.” 

Hayek, 44, dilahirkan di Vera Cruz, Mexico, anak perempuan seorang penyanyi opera dan eksekutif minyak. 

Pada usia 12 tahun beliau dihantar untuk belajar di Academy of the Sacred Heart, Grand Coteau, di Louisiana. 

Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat kolej di Bandar Raya Mexico, di mana beliau belajar dalam bidang Hubungan Antarabangsa sebelum melancarkan kerjaya sebagai pelakon. 

Hayek menempatkan dirinya di Hollywood dalam filem seperti Fools Rush In bersama bekas bintang Friends, Matthew Perry dan filem pontianak From Dusk to Dawn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan