Ahad, 13 Mac 2011

Tsunami Jepun 2


BANGUNAN-BANGUNAN rumah, kapal dan sampah-sarap berlonggokan setelah dihanyutkan arus tsunami di Minamisanrikucho, semalam.
 

PENDUDUK berjalan melalui jalan yang dipenuhi kayu-kayan dan pelbagai serpihan kesan daripada tsunami yang tercetus oleh gempa bumi di bandar Sendai, Miyagi di Jepun, semalam. Sendai adalah bandar terdekat dengan pusat gempa
 

GAMBAR dipetik dari klip video menunjukkan asap tebal keluar dari loji reaktor nuklear Fukushima 1 selepas meletup kesan daripada gempa bumi kuat yang melanda Fukushima di Jepun, semalam.
 
GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. - Foto REUTERS/Kyodo

GAMBAR dari udara oleh helikopter Jabatan Pertahanan Awam Jepun hari ini menunjukkan hampir seluruh pusat Bandar Minamisanriku, di Miyagi bertukar menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila musnah dibawa tsunami selepas gempa kuat 8.9 magnitud melanda Jepun, Jumaat lalu. 
 
KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun. - Foto Reuters
KESAN kemusnahan sehari selepas gempa dan tsunami di Sendai, Jepun.
 
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1  yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat,  Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini.  - Foto  Reuters/TEPCO
INILAH loji reaktor nuklear Fukushima Daiichi No 1 yang berlaku letupan pada sebahagian atas bangunan berikutan gempa bumi kuat, Jumaat lalu. Gambar terbaru ini dikeluarkan Tokyo Electric Power Company (TEPCO) di loji nuklearnya di Fukushima, di utara Jepun, hari ini. Kebimbangan memuncak kemungkinan berlakunya kebocoran radiasi sehingga lebih 10,000 penduduk sekitar loji sudah dipindahkan setakat ini.
 
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong. - REUTERS
MANGSA gempa bumi di Kesennuma, Jepun yang berada di bahagian atas sebuah bangunan menghantar isyarat kecemasan SOS bagi meminta tolong.
 
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam. - Foto AP
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan stadium besbol di Soma, Fukushima yang rosak teruk dan berlumpur selepas dihempas gelombang tsunami setinggi 10 meter berikutan gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala Richter yang melanda utara Jepun, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan