Sabtu, 5 Mac 2011
DI SEBALIK bersikap agak 'low profile' tanpa sebarang publisiti sejak kebelakangan ini, masih ada kisah hangat yang melanda penyanyi Noryn Aziz apabila dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang VIP.Desas-desus mengenai perkara tersebut memang sudah agak lama kedengaran dan menjadi tanda tanya ramai pihak, namun masih belum ada jawapan konkrit yang dinyatakan oleh penyanyi berkenaan
Selepas menunaikan fardu haji bersama kedua orang tuanya tahun lalu, dia mula nekad untuk melakukan transformasi terhadap penampilan dirinya yang mahu kelihatan lebih sopan.
“Alhamdulillah, selepas pulang dari Mekah, saya ambil keputusan nekad untuk ubah sedikit demi sedikit cara berpakaian. Saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya buang terus imej seksi.
“Cuma buat masa ini saya tidaklah bertudung sepenuhnya, tetapi dengan memakai turban untuk menutup kepala. Apa yang boleh saya katakan, kini saya dalam proses untuk tampil ke arah imej yang lebih Islamik,” ujarnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan