Selasa, 1 Mac 2011

Ronaldo bakal timang anak kedua


Pemain bola sepak terkenal dari Portugal, Christiano Ronaldo mungkin akan menjadi bapa untuk kali kedua ekoran khabar angin yang menyatakan teman wanitanya, Irina Shayk kini sedang mengandung, lapor sebuah akhbar kelmarin.




Bintang kelab bola sepak Real Madrid berusia 26 tahun itu juga dikatakan sibuk membuat persiapan perkahwinan pada musim panas selepas dia melamar Irina pada Hari Kekasih yang lalu.
Akhbar Correio da Manha melaporkan perut Irina sudah nampak agak besar dan dia dilihat memakai cincin pertunangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan