Rabu, 23 Mac 2011
Misteri siapa ‘Datuk T’ terjawab
KUALA LUMPUR – Misteri identiti ‘Datuk T’ yang menggemparkan negara dengan pendedahan klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seseorang mirip pemimpin pembangkang terjawab semalam apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengaku mereka adalah individu di sebalik gelaran itu.
Mereka turut mendedahkan bahawa individu ketiga yang terlibat dengan pendedahan video seks itu kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara di sini dua hari lepas ialah Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang tidak hadir pada sidang akhbar itu.
Shazryl menjelaskan, ‘Datuk T’ adalah ‘trio’ yang melibatkan mereka bertiga.
“Kami menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video itu untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang,” kata Shazryl.
Sidang akhbar itu dihadiri kira-kira 50 wakil media dari dalam dan luar negara dengan Rahim dan Eskay dikawal ketat beberapa lelaki yang dipercayai pengawal peribadi mereka.
Shazryl juga berkata, beliau bersedia mendedahkan segala-galanya kepada polis.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan