SUAREZ meledak gol kedua Liverpool ketika menentang Stoke City pada aksi Liga Perdana England di Anfield, kelmarin.
Penyokong Liverpool kini boleh melupakan penghijrahan Fernando Torres ke Chelsea.
Penggantinya, David Suarez sudah membuktikan
kehadirannya di Anfield adalah berbaloi dan dia mampu
menjalankan tugas yang ditinggalkan oleh Torres itu dengan baik.
Belum pun sampai 24 jam bertapak di ‘kampung’ barunya itu, dia sudah mencipta nama.
Ketika dimasukkan sebagai pemain gantian di separuh masa kedua pada aksi menentang Stoke City kelmarin, pemain yang baru dibeli dari Ajax Amsterdam itu terus mencatat nama sebagai penjaring bagi menghadiahkan kemenangan 2-0 kepada Liverpool.
Suarez menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 selepas Raul Meireles membuka jaringan buat Liverpool pada minit ke-47
Torres
Raul Meireles
Tiada ulasan:
Catat Ulasan