The Wanted, sebuah kumpulan yang berasal dari United Kingdom dan kini sedang mengecap populariti di negara tersebut. Ia dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness, Tom Parker dan Nathan Sykes.
Ditubuhkan pada tahun 2009, kelima-lima anak muda ini telah bergabung setelah melalui satu sesi uji bakat yang dijalankan oleh Jayne Collins.
Menariknya tentang kumpulan ini, kesemua ahlinya mempunyai latar belakang tersendiri. Max misalnya adalah bekas pemain bola sepak dan pernah mewakili pasukan Preston North End di England.
Sementara, Siva yang merupakan jejaka kacukan Ireland-Sri Lanka adalah seorang model,
Jay pula berbakat dalam bidang tarian sementara
Tom adalah pelajar universiti dalam bidang Geografi
dan Nathan adalah ahli paling muda iaitu baru berusia 17 tahun dan sering membuat persembahan nyanyian sejak kecil.
Setelah ditubuhkan, kumpulan tersebut terus tidak menoleh ke belakang lagi dengan menghasilkan single pertama mereka yang berjudul All Time Low.
Ternyata lagu yang dihasilkan oleh Steve Mac dan Ed Drewett itu terus mengungguli carta UK Singles pada minggu pertama ia diperdengarkan di corong radio.
Kemudian pada November 2010, mereka telah menghasilkan sebuah album yang mengandungi 13 buah lagu termasuk hit mereka, Heart Vacancy dan Lose My Mind.
Biarpun masih agak baru lagi dalam persada hiburan, tetapi kumpulan itu juga turut meraih beberapa kejayaan. Antaranya, menang untuk kategori Kumpulan Terhangat di 4Music Awards serta tercalon dalam kategori Kumpulan Terbaik di Anugerah Virgin Media Music.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan