Jumaat, 18 Februari 2011

Michael Buble di Shah Alam






Seorang penghibur yang popular dengan kejayaan jualan album mencecah 25 juta unit di seluruh pelosok dunia, Michael Buble bakal menghiburkan peminat setianya di Malaysia menerusi siri jelajah Crazy Love yang akan singgah di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 13 Mac nanti.
Bakal memperkenalkan album keempatnya melalui siri jelajah konsertnya itu, Crazy Love dianggap sebuah album yang mempunyai bunyi-bunyian yang asli.
Malah, hampir kesemua lagu di dalam album itu dirakam secara langsung bersama para pemuzik serta iringan grup orkestra untuk memastikan kesegaran albumnya.
Crazy Love masih lagi mengekalkan sentuhan mentornya iaitu David Foster bersama-sama Bob Rock dan Humberto. Gatica selaku penerbit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan