Jumaat, 25 Februari 2011

131 rakyat Malaysia dipindah keluar dari Libya

Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dipindahkan ke Tunis, Tunisia pada pukul 12 tengah hari semalam berikutan ancaman keselamatan yang semakin memuncak di negara bergolak itu. Turut diterbangkan keluar dengan pesawat Tunis Air itu ialah Duta Malaysia ke Libya, Mohd. Zulkephli Mohd. Noor dan isteri.



Kesemua rakyat Malaysia itu dijadualkan menaiki pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Tunisia menuju ke Rom, Itali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan