Portman - si bijaksana lulusan Universiti Harvard dengan ijazah psikologi yang boleh menguasai bahasa Perancis, Jepun dan Arab dengan baik ini punya ceritera yang luar biasa tentang kariernya. Sejak kecil dia sudah menentukan apa yang diinginkan untuk kehidupan kini.
Sewaktu berusia 10 tahun, Portman dilamar produk kecantikan gergasi, Revlon untuk menjadi salah seorang model mereka.
sejak penampilan perdananya pada usia 13 tahun menerusi filem Léon (The Professional), dia telah memacak tanda aras yang tinggi buat diri sendiri. Pada usia sementah itu dia membuktikan kehadirannya bukan datang untuk mengejar glamor, tetapi wujudnya dia dalam pentas hiburan adalah untuk dipuja khalayak yang menghargai bakat seorang pelakon yang berpendidikan tinggi.
Melalui karakter Nina sahaja, dia telah menggondol tujuh anugerah termasuk dalam Anugerah Golden Globe yang kesemuanya mengangkat dia sebagai Aktres Wanita Terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan