Jumaat, 11 Februari 2011
Serah tubuh kepada ketua
Dia banyak melakukan maksiat. Bukan saja menari dengan pengikut wanita penuh keseronokan tapi pernah mencabul serta merogol anak seorang pengikut kanannya. “Setahu saya, mangsa nafsu serakahnya itu sanggup menyerahkan tubuh mereka dalam upacara dipanggil acara penyerahan.”
Demikian kata wanita dikenali sebagai Liza ketika mendedahkan salah laku dan penyelewengan ketua satu kumpulan ajaran sesat yang diikutinya hampir empat tahun lalu dan masih aktif di beberapa lokasi terutama di Selangor dan Perak.
Wanita berusia 30-an itu berkata, dia meninggalkan kumpulan ajaran sesat berkenaan selepas mendapati terlalu banyak penyelewengan dan amalan bertentangan ajaran Islam diajarkan ketuanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan