Ahad, 13 Februari 2011
Nabila sudah berubah
Nabila banyak bersimbah pandangan kurang manis bahkan banyak gelaran negatif singgah ke pangkal namanya. Gadis liar antara kata nista yang acap benar dilemparkan ke mukanya. Penyudahnya, jalan hidup itu tidak pernah statik, setiap kekurangan berbalas kepuasan dan setiap kelat yang menular masuk ke paru-paru, ada kemanisan menunggu di pangkal jiwa.
Barangkali pernikahan dengan Zaidi Zailani pada 2 Disember 2008, menjadi titik fasa kedewasaan Nabila bermula. Bukan ditempa-tempa mengikut kemahuan pihak luar, dia akui, faktor usia juga menjadi penyumbang.
"Hidup saya dah penuh sekarang, sudah ada kehidupan sendiri. Tapi secara luaran, saya tetap Nabila yang ramai orang kenali. Di luar, di lokasi kerja, saya jadi orang lain, tetapi di rumah saya kena jadi lain. Saya membawa kerjaya dalam rumah. Di rumah, saya jadi wanita macam orang lain juga isteri dan ibu," katanya tanpa sedar dilihat berubah di kaca mata umum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan