|
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Beyonce (gambar) berharap golongan wanita akan merasa sensual apabila mereka menggunakan minyak wangi Heat Rush, lapor sebuah akhbar semalam.
Beyonce yang berusia 29 tahun itu mencipta minyak wangi tersebut dengan harapan peminat-peminat wanita bakal berasa seksi apabila memakainya.
"Saya mencipta Heat Rush untuk mewujudkan perasaan sensual untuk setiap wanita yang memakainya.Ia bercirikan kewanitaan, seksi, segar dan indah," kata Beyonce.
Menurutnya, semasa menyembur minyak wangi itu, dia berasa dirinya dipenuhi dengan ciri-ciri kewanitaan.
Sebelum ini penyanyi itu menjadi model untuk jenama Giorgio Armani dan Tommy Hilfiger.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan