Khamis, 10 Februari 2011
Lindsay Lohan dituduh mencuri
Selebriti terkenal, Lindsay Lohan kelmarin mengaku tidak bersalah di sebuah mahkamah atas tuduhan mencuri seutas rantai leher berharga AS$2,500 (RM7,611) milik sebuah butik aksesori di California.
Dia didakwa membawa keluar rantai leher itu dari butik Kamofie & Company di Venice, California, pada Januari lalu tanpa membuat sebarang bayaran.
Namun, Lohan sudah memulangkan rantai leher tersebut kepada polis.
Insiden itu berlaku tiga minggu selepas Lohan menamatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan akibat mengalami masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan